Tempahan Baju Korporat Berkualiti Untuk Staff Kerajaan & Swasta
Shah Alam, sebagai ibu negeri Selangor, bukan sahaja terkenal dengan pembangunan perniagaannya yang pesat, malah turut menjadi pilihan utama bagi tempahan baju custom secara terus dari kilang. Antara permintaan yang paling popular ialah baju korporat custom yang direka khusus untuk kakitangan sektor kerajaan dan swasta. Bagi memastikan hasil jahitan yang kemas, selesa dan mampu menonjolkan identiti sesebuah organisasi, pemilihan kilang jahit yang berpengalaman serta berkualiti merupakan langkah yang paling penting. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan peranan utama kilang jahit dalam proses tempahan baju custom serta ciri-ciri penting yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.
Apa Yang Perlu Anda Cari Di kilang custom baju korporat?

proses Rekaan baju korporat
Setiap organisasi mempunyai identitinya yang tersendiri dan kilang jahit yang profesional menawarkan pelbagai pilihan kolar, jenis kain serta potongan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
pilihan fabrik

Material Berkualiti dan Selesa
Fabrik seperti Viscose (Double Yarn), Mini Drill (Combed Cotton), T/C Drill, Polyester Gaberdine dan Polity Soft merupakan antara pilihan utama dalam penghasilan baju korporat. Pemilihan fabrik yang tepat amat penting dan perlu disesuaikan dengan keadaan persekitaran tempat kerja. Sebagai contoh, bagi kakitangan yang bertugas di luar pejabat atau di lapangan, fabrik yang cepat kering dan tahan lasak amat diperlukan bagi memastikan keselesaan sepanjang hari. Berikut ialah perincian lanjut mengenai setiap jenis fabrik serta kesesuaiannya mengikut penggunaan.

Jahitan Kemas & profesional
Kualiti jahitan memainkan peranan penting dalam menentukan penampilan keseluruhan, justeru pakaian mestilah dijahit dengan kemas, simetri dan tahan lama bagi mengekalkan imej profesional sesebuah organisasi.

Mampu Siap Dalam Tempoh Diperlukan
Tempahan bagi program rasmi kebiasaannya mempunyai tarikh akhir yang ketat dan kilang yang berpengalaman mampu mengurus proses pengeluaran secara efisien tanpa menjejaskan kualiti hasil akhir.

Khidmat Pelanggan yang Mesra & Responsif
Komunikasi yang berkesan amat penting bagi memastikan kelancaran setiap urusan, bermula daripada kelulusan reka bentuk sehinggalah kepada proses penghantaran. Hal ini dapat dicapai melalui pasukan yang responsif serta mudah dihubungi oleh pelanggan.
Kemudahan dan Teknologi Canggih
Kilang kami dilengkapi dengan mesin jahit moden yang membolehkan proses pengeluaran dijalankan secara lebih efisien dan tepat. Penggunaan teknologi terkini turut memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti tertinggi. Dengan kemudahan ruang kerja yang luas serta sokongan tenaga kerja yang berpengalaman, kami berkeupayaan untuk memenuhi tempahan dalam kuantiti besar tanpa menjejaskan mutu hasil kerja. Setiap pelanggan turut diberikan perhatian yang sewajarnya bagi menjamin tahap kepuasan dan kepercayaan yang berterusan terhadap perkhidmatan kami.

Kenapa Pilih kedai jersi?
Sebagai sebuah Kilang Custom Baju Korporat yang beroperasi di Shah Alam, kami mempunyai pengalaman luas dalam memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan, termasuk jabatan kerajaan, institusi pendidikan serta syarikat swasta. Kami menyediakan pelbagai jenis pakaian seperti baju seragam, t-shirt korporat dan pakaian aktiviti yang direka khusus mengikut kehendak dan keperluan pelanggan, dengan penekanan terhadap aspek kualiti, keselesaan serta imej profesional.
✅ 14 Tahun Pengalaman dalam Industri
✅ Khidmat Nasihat Design Percuma
✅ Sizing yang Flexible XS-11XL
✅ Kualiti Dijamin & Harga Berpatutan
✅ Tempahan Terus dari Kilang (Tiada Orang Tengah)
✅ Warranty Disediakan (T&C)
Kami memahami keperluan pelanggan yang menginginkan tempahan siap dalam tempoh yang singkat. Sehubungan itu, kami menyediakan perkhidmatan express order bagi projek-projek yang memerlukan penyelesaian segera.
Dapatkan Sebut Harga Hari Ini!
Sekiranya anda sedang mencari Kilang Custom Baju Korporat di Shah Alam, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik serta menghasilkan pakaian berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan anda. Sila hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan.
Lokasi Showroom Kami
TEAM CETAK
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+60172290120 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)
Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!