Utama Blog

Blog

Panduan Ringkas Jenis Fabrik Baju Korporat

Baju korporat biasanya dipakai pada hari tertentu atau ketika program formal. Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan ringkas fabrik korporat untuk membantu anda membuat pilihan terbaik. Fabrik baju korporat tidak sama seperti t-shirt atau jersi – materialnya perlu sejuk, selesa, dan kemas sepanjang hari, terutama dalam cuaca Malaysia.

Kenapa Fabrik Penting untuk Baju Korporat

Fabrik menentukan rupa, keselesaan dan ketahanan pakaian. Tambahan pula, pilihan fabrik yang betul memudahkan penjagaan harian kurang berkedut, mudah digosok, dan cepat kering. Jika staf aktif di luar pejabat, fabrik yang menyerap peluh lebih sesuai. Jika kebanyakan masa di ruang berhawa dingin, fabrik yang mengekalkan bentuk akan tampak lebih kemas.

 

Panduan ringkas fabrik korporat

Jenis Fabrik Paling Popular

Viscose Gred Tinggi

Viscose digemari kerana lembut dan selesa. Walau bagaimanapun, ketebalannya lebih sesuai untuk pejabat berhawa dingin. Ia juga menyerap peluh dengan baik berbanding pilihan lain.

Comb Cotton

Comb cotton terasa sejuk dan menyerap peluh. Benangnya lebih halus dan kuat berbanding cotton biasa. Namun, ia mudah berkedut dan memerlukan seterika yang rapi.

Polysoft

Polysoft ialah gabungan bahan sintetik dan cotton. Fabrik ini mengekalkan bentuk, licin sedikit berkilat dan memberi kesan lebih kemas. Akibatnya, baju kelihatan teratur lebih lama. Namun, seperti kebanyakan polyester, ia kurang menyerap peluh.

 

Panduan ringkas fabrik korporat

 

Macam mana dengan blog kami kali ni? Adakah dapat bantu anda untuk buat pemilihan fabrik baju korporat?

Jangan lupa tau buat tempahan dengan kami. Kami akan bagi harga yang murah yang belum pernah anda dapat. Lagi banyak kuantiti anda tempah, lagi murah harga anda dapat!

Dan jangan risau, sudah pasti anda akan berpuas hati dengan kualiti produk kami.

Hubungi kami di talian 017-2290120  untuk sebarang pertanyaan dan membuat tempahan. Juga datang ke lokasi showroom kami di Shah Alam untuk tengok sample fabrik dan baju korporat! Anda juga boleh lihat katalog baju korporat kami di Bank Design.

 

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
017-2290120  (sale person)

Follow kami di Facebook dan Instagram untuk kemaskini terkini yang menarik setiap hari.

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, lucah, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Sebut Harga